Assalamualaikum semua.
18.8.2017 yang lepas kami pergi jalan-jalan kat Pulau Perhentian Besar. Kami ambil pakej percutian daripada Samudra Beach Chalet.
Bilik:
Tempat ok. Chalet kami sea view. Chalet ni bukan chalet baru. Ade la lubang sikit sana sini, tapi ok sebab ade aircond. Tapi ade masalah sikit, NIGHT 1 tengah² tido tetibe elektrik takde. So kami panggil staff diorg, dan Alhamdulillah diorg dpt setelkan masalah ini.
Kami pilih Perhentian Besar sebab agak sesuai dengan family kami, iaitu kami pergi bercuti utk release tension. So daripada pembacaan, katanya Perhentian Besar agak tenang berbanding Perhentian Kecil.
Perhentian kecil saya nampak mcm ade 1 bandar. Ade masjid besar dan ade sekolah. Perhentian Besar plak hanya ada chalet semata-mata.
Memang raya sakan la anak-anak ni. Chalet betul² depan pantai, asyik nak mandi aje.
Pakej:
Pakej yang kami ambil ni termasuk lah makan untuk 3D 2N, snorkeling di beberapa tempat. Person in charge yang saya contact ialah Puan Hasmidar +6019-9718636
Makanan:
Makanan dia memang kalau di tekak saya, owh, sangat berselera. Lama rasanya tak dapat menikmati lauk pauk seafood yang sangat segar.
Layanan:
Layanan pun ok, walaupun masa kami pergi ramai Mat & Minah salleh, tapi kami tidak dianaktirikan. (Owh, teringat peristiwa hitam ketika jalan² di Langkawi, sebelah mata pun penjual tu tak nak pandang kami sbb masa kami dtg kedai dia, ade 1 family mat salleh baru sampai)..
Alhamdulillah, percutian kami berjalan lancar. Tips utk rasai keseronakan berjalan: pergi ramai² 1 family, memang syok sakan ;)



Comments
Post a Comment